Tuesday, July 14, 2009

MASALAH KAHWIN CAMPUR


SUMBER: DAILY EKSPRES-SELASA-14 JULAI 2009
MASALAHKAH? ATAU...
(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

ISU SIJIL ANAK NEGERI LAGI

sijil anak negeri tetap dibekukan
12th October, 2007
sumber:

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah memutuskan ba-hawa pembekuan Sijil Anak Ne-geri masih lagi berkuatkuasa se-lagi ada kebaikannya untuk menjaga hak-hak anak negeri (bumiputera).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, keputusan itu telah diputuskan di mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas.

Bagaimanapun katanya, Kabinet telah bersetuju bahawa mereka yang berhadapan dengan masalah-masalah berkaitan isu sijil anak negeri terutama bagi kes hak anak-anak bumiptera bagi ibu bapa kahwin campur, mereka boleh berurusan dengan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dengan membawa dokumen asli yang diperlukan.

“Kami boleh membantu mereka membuat penyelesaian dengan mengeluarkan surat akuan jika sekiranya mereka termasuk dalam kategori yang dianggap sebagai anak negeri.

“Mereka boleh mendapatkan su-rat akuan daripada Pengarah Pe-jabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang juga Setiausaha Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Surat akuan yang dikeluarkan itu hanya sah dan boleh digunakan sekali atau satu kes sahaja. Se-kiranya mereka ingin memohon untuk kes lain mereka membuat permohonan semula.

“Jadi soal untuk membatalkan pembekuan yang telah dibuat oleh kerajaan sejak 22 April 1982 masih lagi berkuatkuasa, memandangkan perkara ini bukan sahaja menjaga hak-hak anak negeri Sabah tetapi kerajaan amat bimbang ia boleh di-salahgunakan seperti di masa lalu sebelum ia dibekukan,” katanya da-lam sidang akhbar kelmarin di pejabatnya Wisma Tun Fuad.

Beliau membuat penjelasan ber-kenaan setelah isu mengenai pengeluaran sijil anak negeri khusus bagi Sino Kadazan hangat diper-katakan sejak minggu lepas melalui surat khabar. Katanya penjelasan mengenai perkara itu adalah menghuraikan kekeliruan orang ramai.

“Saya harap dengan penjelasan ini pihak-pihak tertentu tidak mempolitikkan tentang isu, niat kerajaan ialah mempertahankan dan menjaga hak sabah supaya tidak tercemar atau terjejas.

“Rakyat harus faham kenapa kerajaan mengambil masa yang begitu panjang memikirkan kea-daan pembekuan sijil anak ne-geri…walaupun pembekuan masih lagi berkuatkuasa, kerajaan ada cara untuk membantu mereka,” ka-tanya.

Antara masalah yang dihadapi anak-anak ibu bapa kahwin campur adalah membeli Amanah Saham Bumiputera, mewarisi tanah anak negeri atau mendaftarkan nama sebagai anak negeri, hilang peluang dalam pendidikan seperti mendapatkan biasiswa dan institusi khas bagi bumiputera, membeli rumah di bawah kuota bumiputera, peluang perniagaan iaitu mendaftar sebagai kontraktor bumiputera atau terlibat dalam tender khas bagi bumiputera.

Sebarang pertanyaan berhubung kes berkenaan bolehlah menghu-bungi Pejabat Hal Ehwal Anak Sabah di tingkat dua, Blok C, Wis-ma Tun Fuad Stephens, Karamun-sing atau menghubungi di talian 088-265740. Pemohon juga dinasihatkan membawa dokumen salinan asal terutama surat lahir bagi men-yokong permohonan surat akuan mereka.

Monday, July 13, 2009

MEMBINA KEILMUAN

Paling seronok adalah diskusi
dan paling membangunkan adalah kesepakatan

kadang perdebatan membawa makna
selalu juga perdebatan mencetus amarah

Manusia ada hak bersuara
tapi biasanya manusia mahu menyuarakan SUARA ORANG LAIN (kononnyalah)

Manusia suka untuk menyuarakan KETIDAKPUASAN HATI
ya banyak MENGHENTAM
daripada yang memberikan idea

Wahai sahabatku
kalau kata SALAH...tunjukkan APA BENARNYA?

Manusia selalu suka MENGHENTAM
sebab TIADA MODAL UNTUK MEMBERI IDEA...

The latest Sino Peranakan Of Ranau, Sabah

PERSATUAN PERANAKAN TIONGHUA RANAU, SABAH.

PPP/SB 118/00. ( SABAH )

Peti Surat 556, 89308 Ranau , Sabah.

Email : peranakan_tionghua_rnu@yahoo.com.my

being a Sino Native

I am proud being a Sino...
because Sino makes me feel free...
more respect and appreciate others...

We, the Sino native compete (Compete?) to get What we want...

we never ask for more to being Sabahan...but to share our live with Sabahan for better SABAH

Do anyone care?

Many people out there are ignoring SINO as BUMIPUTERA...
hmmm...what can I say...Maybe this link can explain...http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/StateLaws/Interpretation(DefinitionOfNative)Ordinance.pdf