Aku sama macam orang lain
aku juga ada cita-cita
tapi aku mesti berusaha lebih sedikit
kerana aku guna nama keluargaku 'FOO'
tapi aku tidak pernah menyesal
kerana itu adalah hakikat aku
Aku suka nama 'SINO DUSUN'
erbanding Sino Kadazan
Jangan marah wahai orang KAdazan
bukan apa
sebab di surat lahirku meman sudah tercatat 'Dusun'
biar macam nama kampungan
tapi nama sebenarnya tidak membawa apa makna
yang penting sumbangan
PERFOMANCE
suatu hari ada rakan yang marah
kerana terbaca di surat khabar
'Jurry the only non bumi...'
aku juga terkejut membaca akhbar itu
lama dulu
semasa menyertai satu pertandingan
di peringkat negeri
aku tidak ditemuramah dan aku tidak pernah kata
'Aku bukan bumiputra'....NEVER
tapi mungkin kerana namaku JURRY FOO
hahaha
di Sekolah rendah Jenis kebangsaan pula
aku pernah ditegah menyertai
PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU
kerana aku SINO
BUMIPUTRA
dan aku tiada nama Cina
ini untuk Chinese sahaja
pada masa itu
aku tanya diri aku
Foo tu nama apa?
nama Dusun?
ini dilema biasa
Aku compete juga
dan alhamdulilah aku menag juga
hehe
Dalam satu pertandingan Sukan di ibu negara
ramai yang datang mahu melihat tag nama
mereka heran
kenapa aku JURRY FOO@JURRY BT F MICAHEL
mereka pertikaikan BINTI aku pula
masa tu aku masih belum ISLAM
mereka kata BINTI untuk ISLAM sahaja
tanya diriku
Yakah?
jadi adakah ini salah aku?
adakah undang-undang kata begitu?
hehehe
Apapun tu hanya pengalaman
yang baik untuk kita fikirkan bersama
Sino lain...ada pengalaman?